macam-macam
1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan
menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika
kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang
itu lalu kita akan dilempang olehnya.
2. Percayakah anda?..Wanita
mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung
wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi
percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung
mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.
3.
Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6
km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki
kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika
tidak membawa kompas.
4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang
dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa
yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga
memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.
5.
Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi
ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah
terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
6.
Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau
Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi
kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar
menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.
7.
Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas,
Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh
budak-budak sekolah ketika bercinta.
8. Tahukah anda?..Otak kita
mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak
membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang
berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.
9. Tahukah
anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi
pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar
pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.
10. Tidak ada satu
pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol.
Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu
A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa
Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali
yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.
11. Hanya ada
empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan
bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini
membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.
12.
Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell
(neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita
akan pergi juga bernama Hell.
13. Menurut kajian ahli sains,
secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi
menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara
puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.
14.
Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom
Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian??
Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah
Kampung Kerinchi.
15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta
akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila
air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau
hancing.
16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau
membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun
berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan
kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan
orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan
bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh
jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.
17. Tomato dan
Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah
nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.
18.
Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki
kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat.
Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta.
Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu
terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki
kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.
19.
Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun
semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk
mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter
dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu
semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta
bintang paling popular.
20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi,
terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi.
Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut
merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula,
seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu
berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja
serta-merta.
21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang
sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga
kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat
jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.
22. Ini
adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali
orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa
tersebut.
23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi
manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy
dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan
memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.
24.
Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak
berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan
kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.
No comments:
Post a Comment